Jeneral (Amerika Syarikat)

Jeneral
General

Insignia empat bintang Jeneral. Gaya dan kaedah pemakaian mungkin berbeza antara pakaian seragam yang berbeza dan cawangan perkhidmatan yang berbeza.


Shoulder board Jeneral

Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Tentera Darat
Kor Marin
Tentera Udara
Tentera Angkasa
Singkatan GEN (Army)
Gen (Marine Corps, Air Force, Space Force)
Kumpulan pangkat Pegawai jeneral
Pangkat Empat bintang
Kod
NATO
OF-9
Pangkat tinggi seterusnya Jeneral Angkatan Darat Jeneral Angkatan Udara
Pangkat rendah seterusnya Leftenan Jeneral
Persamaan pangkat

Di dalam angkatan bersenjata Amerika Syarikat, seorang Jeneral ialah pegawai gred jeneral paling kanan; ia adalah pangkat (atau eselon) pegawai bertauliah tertinggi yang boleh dicapai dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, melainkan Tentera Laut dan Pengawal Pantai, yang mempunyai pangkat setara iaitu laksamana. Insignia rasmi "jeneral" berbentuk empat bintang (biasanya berwarna perak dan disusun sebaris).

Pangkat Jeneral berada di atas Leftenan Jeneral tiga bintang dan dibawah pangkat lima bintang khas masa perang iaitu Jeneral Angkatan Darat dan Jeneral Angkatan Udara. Kor Marin dan Tentera Angkasa tidak mempunyai gred yang lebih tinggi dari general. Gred gaji jeneral ialah O-10. Ia setaraf dengan laksamana dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat lain yang menggunakan pangkat tentera laut. Perkataan Jeneral disingkatkan ke GEN dalam Tentera Darat dan Gen dalam Kor Marin, Tentera Udara, dan Tentera Angkasa.

Memandangkan pangkat Jeneral Angkatan Darat dan Jeneral Angkatan Udara dikhaskan untuk kegunaan masa perang sahaja, pangkat Jeneral merupakan pegawai jeneral tertinggi pada masa aman.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search